Sunday, July 12, 2009

Asal usul kaum kedayan di Brunei

Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei yang mana peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah yang selalu singgah ke nusantara seperti di kepulauan Jawa,Kalimantan,Sumatera termasuklah Di Filipina. Dan di tanah Jawa Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan mereka ini dikenali dengan jadi bertanam (hasil tangan mereka yang banyak membuahkan hasil), maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak.
Kaum ini juga tinggal di Limbang dan pedalaman Brunei,mereka menetap di lembah sungai dan kawasan di sekitar alur sungai .Mereka di gelar Bansa Berunei Darat(Orang Pendalaman Brunei).Kira-kira seabad yang lalu,Haji Abdul Gapor(Pemimpin Kedayan) telah memimpin pengikutnya berpindah ke selatan(Sarawak).Di sarawak,mereka pilih untuk menetap di Sibuti yang terletak di dalam bahagian Miri.
Haji Abdul Gapor kemudiannya di lantik menjadi penghulu Kaum Kedayan oleh penjajah british di bawah pimpinan Brooke.Berikutan daripada perlantikan ini lebih banyak ramai kuantiti Kaum Kedayan yang berpindah ke Sibuti.Perpindahan ini di lakukan untuk mendapatakan kawasan pertanian yang baru dan subur.

2 comments:

  1. salam... minta kebenaran share info ni di blog saya. akan bagi rujukan sumber ke blog kamu..

    ReplyDelete
  2. mohon shre info ni.walaupun sa bukn bangsa kadayan ttpi sbagi warga sabah.sa sgt menyintai sejrah bangsa2 sabah.

    ReplyDelete