Sunday, July 12, 2009

suku kaum kedayan

Adat ialah peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun(sejak dahulu kala) di dalam suatu masyarakat(sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus di patuhi).
Istiadat pula,peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan,adat kebiasaan dan resam.
Bangsa Kedayan merupakan salah satu bangsa yang menetap di Miri. Dipercayai berasal dari Brunei dan berhijrah ke Miri. Sebelum penubuhan Malaysia, Miri merupakan sebahagian daripada Brunei. Kebanyakan bangsa Kedayan daerah Bekenu. Selain itu, bangsa Kedayan juga boleh ditemui di Sipitang, Sabah dan Labuan.Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Kedayan ("bahasa de facto" Brunei).
Kaum Kedayan di Labuan bukannya orang pantai, dan cenderung menetap di kawasan pedalaman. Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang seperti jejari ke luar.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment